GASTONK MOTOR CLUBŪ

GMC INFO

HOME
GMC INFO
OUR MEMBER'S
AKTIVITI
Contact Us
Calendar of Events
BULETIN
MINIT MESYUARAT
GALERI
Gastonk Motor Club ditubuhkan pada tahun 2005 oleh 3 beradik iaitu Khairulnizam, Izwan dan Azran. Namun pada waktu tersebut tidak banyak acara atau aktiviti yg dapat dijalankan lantaran hanya mereka bertiga sahaja ahlinya. Pada Ogos 2006, berlakunya penambahan ahli dlm GMC. Beberapa ahli lagi telah menyertai GMC dan secara tidak langsungnya, bertambah semangat GMC untuk terus mengorak langkah maju kehadapan. Antara aktiviti yang dijalankan pada waktu itu adalah seperti sukan keluarga, menyertai pertandingan sukan pantai dan byak lagi.
 
aku.jpg
PENGASAS GMC
Pada masa itu, presiden GMC ialah saudara Nizam, namun pada bulan Mac 2008 berlakunya peralihan kuasa dlm pucuk pimpinan tertinggi GMC dimana saudara Azran telah menggantikan tempat Presiden baru. Maka berlakunya revolusi baru dalam GMC dimana pihak pengurusan telah merangka kembali organosasi dengan lebih baik dan tersusun. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti perhimpunan keluarga, hsukan keluarga GMC, konvoi ke Genting Highland, perkelahan di Endau-Rompin dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti seperti inilah yang telah mengeratkan silaturahim antara ahli GMC. Dengan adanya aktiviti yang dianjurkan, ahli2 GMC dapat berkumpul dan bertukar2 pendapat dan cadangan serta sama2 berkongsi pengalaman masing2. Selain itu, pihak GMC juga ada mengadakan aktiviti amal seperti gotong-royong dan mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada ahli keluarga GMC yang mengalami kesukaran atau perlukan bantuan. Memang la tidak banyak dapat dikumpulkan, namun usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu mereke-mereke yg memerlukan.
mat.jpg
BOSS GASTONK MC

Pada pertengahan 2008, GMC telah mengorak langkah setapak maju kehadapan bilamana pembukaan WEB rasmi GMC telah dilancarkan. Dengan tertubuhnya WEB rasmi ini, maka ahli2 GMC dapatlah mengikuti segala aktiviti2 yg akan diadakan dan juga dapat informasi terkini kelab.

oooo.jpg
BIRO KEWANGAN

logogmc.jpg
LOGO KEBANGGAAN