GASTONK MOTOR CLUBŪ

BULETIN

HOME
GMC INFO
OUR MEMBER'S
AKTIVITI
Contact Us
Calendar of Events
BULETIN
MINIT MESYUARAT
GALERI

BENDAHARI NAIK ANGIN (15/01/09)
nampaknya GMC sedikit goyah apabila bendahari club menyuarakan hasratnya untuk meletakkan jawatan. namun, perkara ini masih belum ada kata putus memandangkan presiden GMC masih belum memberi apa2 komen. kita harap saudara apis dapat mempertimbangkan semula hasrat beliau. di fahamkan, saudara apis tersentuh hari lantaran ada ahli club yang 'liat' untuk membayar yuran bulanan. bersabarlah saudara apis, kita akan membincangkan perkara ini dan besarlah harapan kami di GMC untuk melihat saudara apis meneruskan kesinambungan sebagai bendahari seperti sediakala.

03/08/08-BAJU RASMI GMC

Rabu,3ogos- Pihak pengurusan GMC adalah dalam usaha untuk membuat baju rasmi GMC selewat-lewatnya pada hujung bulan November ini. Oleh yang demikian, pihak pengurusan menetapkan bayaran sebanyak RM50 sehelai. Bayaran ini hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 30/08/08 ini kepada bendahari GMC, saudara Apiz. Kepada sesiapa yang mempunyai
masalah atau sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi
beliau atau Presiden GMC.

08/03/08 - Peralihan Kuasa Pucuk Pimpinan Kelab
 
Pada mesyuarat agong yang lalu, berlakunya peralihan kuasa dalam carta organisasi Gastonk Motor Club bilamana jawatan presiden yang lama dicabar oleh En. Azran.
En. Nizam telah tewas kepada pencabar baru ini hasil daripada undi ahli-ahli kelab yang lain. Dengan kemenangan ini, carta organisasi baru telah dibentuk.
Semoga presiden yang baru ini dapat memberikan impak yang baik sepertimana yang semua ahli kelab harapkan.

08/03/08 - Yuran GMC

Yuran kelab telah ditetapkan sebanyak RM10 sahaja untuk setiap bulan. Bayaran perlu dijelaskan kepada bendahari sebelum atau pada 30hb setiap bulan atau 28hb pada bulan Februari. Bayaran ini adalah bertujuan untuk menampung segala aktiviti dan hal-hal yang berkaitan dengan GMC. Besarlah harapan pihak pengurusan GMC agar semua ahli dapat menjalankan tanggungjawap untuk menjelaskan yuran agar aktiviti kelab kita dapat berjalan lancar.

fami.jpg

Family Day 08
 
Pada cuti raya cina yang lalu, pihak pengurusan dengan kerjasama sepenuhnya dari Esah Point's telah mengadakan Family Day SUKELI'08. Bertempat di pantai hiburan, Rompin, family day ini telah dihadiri hampir kesemua ahli keluarga Hj. Ali iaitu  4 generasi semuanya.
 
Pelbagai acara diadakan seperti acara sukaneka untuk kanak-kanak dan bolasepak pantai, hand ball dan banyak lagi. Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu BIRU, KUNING dan MERAH.
 
Untuk temasya kali ini pasukan BIRU telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan manakala naib juara disandang oleh pasukan MERAH. Tempat ketiga pula adalah pasukan KUNING.
 
Acara penyampaian hadiah diadakan pada sebelah malam dan berlangsung dengan penuh keceriaan dan dipenuhi dengan gelak tawa. Sesungguhnya temasya kali ini amat meriah sekali walaupun terdapat sedikit kekeliruan dan permasalahan sebelum acara bermula.
 
Semoga bertemu lagi di tahun akan datang.. HIP HIP.... HOREY

Let us know if there are any events or updates you would like to share with fellow members.