Latest News
Alhamdulillah, pada petang yang indah 20hb Februari yang lalu, diiringi alunan angin sepoi2 bahasa,
lahirlah satu insan sempurna cintaan Allah yang mana insan kecil tersebut diamanahkan kepada salah seorang ahli club kita.
Beliau yang kita maksudkan ialah saudara Zamri. Isteri beliau iaitu Mimi telah selamat melahirkan seorang baby yang cute yang
telah diberi nama iaitu Iqram Darwisy. Syukur pada Allah SWT yang telah menganugerahkan seorang insan yang cukup sifatnya
dan molek rupa parasnya. Tahniah kepada saudara Zamri dan isteri diatas kelahiran cahaya baru dalam rumahtangga diorang. Moga-moga
Allah akan memberikan sesuatu yang hebat pada anak kecil tersebut. InsyaAllah...
-dengan kesempatan ini juga, saya selaku bapak saudara kepada brader Darwisy, menjemput ahli
semua ke majlis cukur kepala brader Darwisy ni pada 09/03/09 ni bertempat di rumah En Muhatar. datang jgn tak datang ye...-
-mr.editor
Uki bengang, menang tak diiktiraf

|
Perlawanan Kontreversi |
Pada malam semalam selepas perlawanan Futsal, diadakan pula perlawanan snuker antara ahli
club. Di meja no.1 perlawanan antara 3 penjuru menemukan Long, Mat dan Ukie. Pada perlawanan tersebut Ukie memperolehi points
sebanyak 20pts, Mat (12pts) dan Long (5pts). Mereka bertiga main betting RM5 sorang. Namun Ukie yang menang tidak berpuas
ati kerana Mat dan Long tidak mahu membayar wang pertaruhan dengan alasan... "tak baik main judi.. haram".. Ukie menjadi bengang
lalu terus balik Kuantan Hari ni dan berjanji tidak mahu main dengan Mat dan Long lagi.
-mr editor
Dalam diam, Dee juara
Di meja No.2 pula diadakan perlawanan 4 penjuru antara Erry, Asun, Apis dan Dee. Dee telah
memenangi perlawanan ini hasil daripada permainan tipu beliau. Beliau sering kali menyorokkan bola putih sehinggakan orang
lain punya turn tak dapat nak jalan.. Tak ke mengelat tu. Dia juga sering kali mem'protes' setiap kali org lain wat masuk
bola. Namun begitu.. tak kiralah main tipu ke main betul ke, janji dia menang... Syabas diucapkan kepada Dee..

|
Dee Menang Mudah |

|

|
Klon Nabil????? |
|