GASTONK MOTOR CLUBŪ

MINIT MESYUARAT

HOME
GMC INFO
OUR MEMBER'S
AKTIVITI
Contact Us
Calendar of Events
BULETIN
MINIT MESYUARAT
GALERI

MESYUARAT VOL.2/09
TARIKH: 7hb Mac 2009
MASA: 10.30 pm
TEMPAT: Rompin Beach Resort

Kehadiran:
1) Nizam ( pengerusi )
2) Khairul Azran
3) Hafis
4) Zunaidi
5) Azrul
6) Izwan
7) Fazri
 
Tidak Hadir Dgn Maaf:
1) Zamri (bini bersalin)
2) Marzuki
3) Fairul

Ucapan Aluan Pengerusi:
Tuan pengerusi majlis mengucapkan selamat dan terima kasih kepada hadirin yang hadir ke mesyuarat.
 
Kewangan Kelab:
1) Selaku bendahari, Saudara Hafis membentangkan segala aktiviti keluar masuk duit kelab secara terperinci.
-makluman-
 
2) Hafis menerangkan terdapat ahli yang belum menjelaskan yuran bulanan iaitu bulan Januari dan Februari dan berharap dapat menjelaskannya secepat mungkin.
-tindakan: yang belum bayar-
 
3) Nizam mencadangkan agar yuran bulanan dibayar 2 bulan sekali sebanyak RM20 utk dua bulan, bagi menggantikan cara lama iaitu tiap-tiap bulan RM10. Semua ahli setuju, maka start bulan 3 dan seterusnya yuran akan dibayar 2 bulan sekali sebanyak RM20.
-makluman-
 
4) Zunaidi menelepon marzuki untuk mendapatkan penjelasan berkenaan tunggakan yuran yang begitu serius. Marzuki mengusulkan cadangan iaitu ingin membayar sebanyak RM15 sahaja untuk cover setahun dia tak bayar yuran.. Namun cadangan itu mendapat kelak dan ketawa yang besar dari ahli majlis mesyuarat.
-tindakan: Marzuki-
 
5) Kelab telah memutuskan untuk memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada Acik sebagai tanda penghargaan dan simpati untuk isteri beliau yang masuk operation di IJN.
-makluman-
 
Aktiviti Kelab:
1) Konvoi ke litar antarabangsa sepang akan diadakan pada 4hb April ini bagi menyaksikan perlumbaan F1.Ahli kelab akan berkumpul di kediaman s/u pada 4 hb dan akan ke litar sepang pada 5hb.
 
2) Nizam mencadangkan untuk pergi konvoi ke Pulau Perhentian, Terengganu. Namun memandangkan banyak ahli yang ada masalah, maka cadangan ini di pendam di dalam hati buat masa ini.
 
3) Fazri mencadangkan untuk berkonvoi sambil relexing di Pulau Tioman. Cadangan mendapat tempat dihati ahli majlis.
 
4) Hafis mencadangkan tarikh ke Tioman tersebut dibuat pada Bulan Jun. Namun dapat bangkangan dari Nizam kerana isterinya bersalin awal Bulan Jun.
 
5) Semua ahli bersetuju tarikh ke Tioman dibuat pada Awal bulan Mei. Mesyuarat jawatan kuasa kerja konvoi tersebut akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
Lain-lain Hal Berbangkit:
 
1) Saudara Hafis menarik balik perletakan jawan beliau dan dengan ini jawatan bendahari masih disandang oleh Hafis.
 
2) Ucapan tahniah untuk Saudara Azrul yang baru beli kereta. (syelok tak abis lagi)
 
Mesyuarat ditanggung kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
 
Disediakan Oleh:                                          Disahkan Oleh:
Nizam                                                            Khairul Azran
Setiausaha                                                     Presiden
Gastonk MC                                                   Gastonk MC
 
 

Add your content here